Monday, November 28, 2011

Filem Adaptasi Novel Ombak Rindu, Maya Karin Dilacurkan Bapa Saudara Sumber: Filem Ombak Rindu, Maya Karin Dilacurkan Bapa Saudara — ayie-raffael.blogspot.com





Bila terdengar tentang novel Ombak Rindu ini, tiba-tiba kami teringat zaman sekolah dulu dan novel Ombak Rindu ini adalah antara novel yang popular waktu itu. Yerlah sekolah berasrama, nak feeling sambil mengorat awek-aweks kena lah baca novel ni so bila awek-aweks sembang pasal novel ni boleh juga layan.
Selepas novel Lagenda Budak Setan yang kami kira berjaya menarik ramai penonton untuk ke pawagam menonton filem tersebut, kali ini satu lagi filem yang diadaptasi dari novel popular Ombak Rindu hasil karya Fauziah Ashari. Filem Ombak Rindu adalah terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tarantella Pictures. Sedikit sinopsis Ombak Rindu,





Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.


Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?



p/s : so ape lagi jom ar pakat pi ramai2.....syok kot citer ni!!!!

2 comments: