Monday, November 28, 2011

Filem Adaptasi Novel Ombak Rindu, Maya Karin Dilacurkan Bapa Saudara Sumber: Filem Ombak Rindu, Maya Karin Dilacurkan Bapa Saudara — ayie-raffael.blogspot.com





Bila terdengar tentang novel Ombak Rindu ini, tiba-tiba kami teringat zaman sekolah dulu dan novel Ombak Rindu ini adalah antara novel yang popular waktu itu. Yerlah sekolah berasrama, nak feeling sambil mengorat awek-aweks kena lah baca novel ni so bila awek-aweks sembang pasal novel ni boleh juga layan.
Selepas novel Lagenda Budak Setan yang kami kira berjaya menarik ramai penonton untuk ke pawagam menonton filem tersebut, kali ini satu lagi filem yang diadaptasi dari novel popular Ombak Rindu hasil karya Fauziah Ashari. Filem Ombak Rindu adalah terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tarantella Pictures. Sedikit sinopsis Ombak Rindu,





Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.


Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?



p/s : so ape lagi jom ar pakat pi ramai2.....syok kot citer ni!!!!

Thursday, November 24, 2011

~cilakak punya anak ni...hahahahah~





Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.


Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.
Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.
Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid…?
Pak Majid:Hmmmmmmm… Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya…
Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.
Pak Majid: Hmmmm….Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..
Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!
Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu….Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!
Pak Abu: HEHEHEHEHE….






sayangilah ibu bapa kita selagi die ada...


p/s:kalau da tau cmni awal2 kite buang anak k...ahahahahah  :p

Wednesday, November 23, 2011

~air tebu~

kejadian berlaku kira-kira jam 2:00 p.m aku pergi seven eleven...dlm hati pulak terdetik nak mnum air tebu....hmmmm smpai je seven e aku pon nk kuar kan duit..skali duit xmasuk ape lagi angkat kaki lambong ar...balik ....mase perjalanan pulang...aku perasan 2 org amoi balik skolah,....dengan uniform la...hmmmmm naik basikal dengan ketengah ke tepi..jalan...aku pon slow kan perahan trottle moto.semakin aku hampir...die pon dengan selamba masuk xpndang blakang...adoiii.....aku pon ape lagi brek urgent la!!!cmni breeeeeeeeeeeekkkkkkkkkkkk!!!hahaa...aku pon langgar tayar blakang die...die jatuh aku pon jatuh...tapi malang nya...die luka2 tapi aku luka parah+bahu patah....bak kata pepatah..."berat mata memandang berat lagi bahu yang patah"tapi mujur la bdk tu xapa2..dan die mngaku mmg slh die...nak mrh pon bnda da jadi..xpat nak elak...da tertulis la org ckp...aku dibawa ke hospital menaiki kan pun adui..ambulans...smpai je trus x-ray..doktor kate mengandung 3 bulan...eh2....patah bahu...seb bek nurse yg enjet bahu aku tu cun so xla rase sakit....malahan rasa gagah lagi ade la....ape2 pon aku tersadai kat umah kompem2 3-4 bulan..so korang doa2 kan aku cepat sembuh k....nt aku story mory lagi ok...assalamualaikum...

jom layan~~

http://www.youtube.com/watch?v=TZamVdznRZg&feature=related

Saturday, November 19, 2011

3 bulan..die direhat kan tanpa training sedeyyyyyyyyyy

 aku ayie....mmg suke men bola....bila aku da terlibat dlm kemalangan...aku terpksa rest dari bersukan...ia mlibatkam tulang bahu...memey sakitt dowhhhh!!!

Monday, November 7, 2011

~Idaman Kalbu~



kalau la aku dapat kete ni skang....memey abis la...jalan raya aku asap kan....xsabar2 nak koyak kan jalan raya....haiz............................

Wednesday, November 2, 2011

GeRGaSi EPL~~!!!!!!! WTF!! 20MiLLiOn...FANS~~GLORY-GLORY MAN UTD~


Proud of u Sir Alex Ferguson!!!!and Wayne ROooney...u r my idol!!

KeNangan MaSe BelaJaU DuLu♪

                                         
                             Dak Yus----radzi a.k.a Baby----ayie


                                                 Rindu nak men bowling gan korang agi~~♥


                                          SAGIL MARI~~~!!!



ish kalau nak citer...memang xabis ar....rindu giler time2 cmni.......suh g kelas ponteng merayap rempit xsudah.........hahahahah hape pon xboleh ar.....ape citer la korang sume ni skang ea....mybe ade yg da kawin kot....da lost contact...haiz...ade 3-4 org je jmpa lagi...yg len haram....xjmpa...hmmmmm ap2 pon korang memey terbaik ar!!!!♥♥♥♥

Friday, October 21, 2011

Thursday, October 20, 2011

YE saye nak bagi tips hari ini "cara memikat hati wanita"....


Kadangkala orang lelaki beranggapan terlalu mudah untuk mendapatkan hati seorang wanita, namun tidak semua. Setiap manusia mempunyai hati dan naluri yang berbeza yang mempengaruhi sikapnya. Di sebalik kelembutan seseorang wamita itu terselit juga keegoaannya yang jarang mereka tonjolkan. Oleh itu kaum adam belajarlah cara untu menambat hati wanita yang anda sayangi.
  • Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.
  • Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan Hai untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.
  • Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.
  • Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat surprise sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.
  • Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke macho an kamu!.
  • Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu di sisi mereka.
  • Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.
  • Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
  • Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidaksuka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh cerita orang lain kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.
  • Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar..lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati.
  • Mereka akan meletup pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah sejuk . Mungkin kamu juga boleh cool kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!
P/s:Renung-renungkan dan selamat beramal~

Pengakhiran cinta yang sentap~~~layan~~ P/s Tisu kene ade k..jgn lupa lagu dadali skali baru layan...



Cerita sedih sepasang kekasih

sedih giler tu......pastikan tisu berada di sisi anda...
Tersebut al-kisah 2 insan bercinta... yg laki tu nama Razak,
yg pompuan tu nama Fatimah. Razak ni panggil fatimah ni
sebagai 'imah' je (nak kasi nampak manje le tuh). imah
ni lak panggil razak ni 'abang' je cos diorang ni dah
close, lagi pun razak ni lagi tua drpd imah 4 tahun.
Entah macam mana, diorang ni kena berpisah dlm jangka
masa 3 tahun. Razak tu kena gi UK . lama gak tuh...
Imah ni kesepian le kat Singapura.
Since dah pisah lama gak.. then imah boring dok umah sorang
...Ada lak mamat yg bernama kamarul dtg jumpa imah. mula2
imah dgn kamarul ni kawan je, kamarul ajak gi shopping, gi
makan satay, gi bowling. Entah macam mana, hati imah
ni dah terpaut lak kat kamarul nih... maka hilang la bayang2
razak drpd hati imah..

Setelah genap 3 tahun.. razak pun pulang ke singapura. Beria2 le
mamat nih nak jumpa imah. belum sempat nak call imah, razak
ternampak imah dgn kamarul tengah date kat tengah2 town.
maka berderai le jiwa raga razak.. sedih je mamat tuh...
tak lalu makan. at the same time.. imah dok jalan2...
sembang le dgn kawan2 dia.. ntah camna dia dpt tahu kamarul
tu laki org. imah pun peras..cuba nak kembali kepada razak.
Masa tu dia lom tau lagi razak ni dah balik singapura.

Razak pun memberanikan diri dia... jumpa imah. dia gi le rumah
imah. muka razak masam je.. imah tanya le apasal masam.
razak cakap.."susah lah.. aku dah tau apa yang ko buat
masa sepeninggalanku" imah terperanjat... "err bila masa
lak nih.. aku setia apa..." kata imah razak berkata...
tersedu2.. " Aku sudah tau perhubunganmu dgn dgn kamarul
..." imah terdiam... "tamat lah hubungan kita disini sahaja
..." tambah razak. Razak amik gitar kapuk yg dibeli drpd UK
tu......seraya berkata " dengarlah lagu ini..., khas untuk mu..."
razak start nyanyi sambil menatap wajah sedih imah yg sedang
menangis...

I can tell by your eyes
That you've probably been crying forever
And the stars in the sky
Don't mean nothing to you
They're a mirror
I don't wanna talk about it 
How you broke my heart
If I stay here just a little bit longer
If I stay here won't you listen
To my heart, ohhh, my heart

imah terdiam... masih menangis....razak sambung...

If I stand all alone
Will the shadows hide the colours of my heart
Blue for the fears
Black for the night's fears
The stars in the sky
Don't mean nothing to you
> They're a mirror

I don't wanna talk about it
How you broke my heart
If I stay here just a little bit longer
If I stay here won't you listen
To my heart, ohhh, my heart

"suara razak terus mendayu2....

"My heart, oh my heart, this old heart........."
"I don't wanna to talk about it, how you broke my heart.
But if I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won't you listen
to my heart, oh, my heart? My heart, oh, my heart!"

razak ulangi phrase yg sama.......imah terdiam...walaupun
air mata masih mengalir...

My heart, oh my heart, this old heart........."
"I don't wanna to talk about it, how you broke my heart.
But if I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won't you listen to my heart, oh, my heart?
My heart, oh, my heart!"

setelah tamat lagu yang dinyanyikan oleh razak untuk imah itu...
tiba2 mulut imah berkata ... " abang, imah nak beritahu
abang sesuatu" "katakan lah duhai imah" jawap razak dengan
suara perlahan... " err...... err..." kata imah dlm keadaan
bersalah..."katakan lah .. katakan lah imah.. abang sanggup
terima..." tambah razak...perlahan2.. imah berkata

"abang..."
"sebenarnya... imah tak paham bahasa Inggeris..."